Hari ini saya datang lagi dengan satu penulisan atau coretan keluhan daripada kedua orang ibu bapa saya dikampung.
Ini adalah Kisah Benar
Apa yang ingin saya ceritakan kepada kamu semua adalah pengalaman keluarga kami sejak daripada tahun 2001 sehinggalah sekarang tiada apa yang berubah.
Ya.. itu adalah rangkaian perhubungan telefon 📞
Kenapa dengan rangkaian telefon??
Belum ada rangkaian yang bagus sampai ke hari ini. Ibua bapa saya masih lagi berjalan ke jalan besar hanya ingin mendapatkan rangkaian telefon untuk berhubung dengan kami semua dan kadang-kadang perlu naik sedikit ke tempat tinggi untuk mencari rangkaian
Tiang elektrik sudah ada, jalan raya sudah ada, tapi rangkaian telefon SANGATLAH TERUK!
Terpaksa kami memasang wifi dirumah semata-mata untuk senang berhubung dengan saudara dan anak-anak melalui whatsapp/whatsapp voice call tapi sekarang wifi dirumah kami mempunyai masalah dan belum dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan yang telah berlarutan selama 2 bulan
Saya pun tidak tahulah apa yang kerajaan negeri Sabah buat untuk memajukan negeri Sabah ini, cakap untung berbillion-billion tapi kemudahan asas pun tidak sempurna 🤥
Dipendekkan cerita, bapa saya ada nampak satu iklan yang menjual alat yang boleh memberikan akses internet walaupun ditempat yang tiada rangkaian telefon langsung dan ianya dinamakan Starlink.

Gembira nampaknya bapa saya nampak iklan ini kerana ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang ini tapi hasrat ini perlu dinanti terlebih dahulu kerana harga barang itu yang agak mahal.

Rm1650 untuk harga barangan termasuk service pemasangan dan bulanan yang ditawarkan serendah rm129 sebulan.

Diharap selepas penamatan wifi daripada unifi ini selesai, tiada lagi masalah yang timbul dari segi akses kepada internet dan diharap agar kerajaan negeri Sabah dapat menambahbaik infrastruktur di kawasan kami ini.
Congratulations @innocentclair! You received a personal badge!
You can view your badges on your board and compare yourself to others in the Ranking